Sunday, January 15, 2012

Cara-Cara Lulus Karangan BM

Salam dan Hai
terima kasih kerana klik link saya.
Nak tahu cara-caranya?
senang je hafal tanda-tanda wacana.

kalau nak tahu heheh KLiK Link Ni. ---> http://nasa76.tripod.com/wacana.htm

malas arr copy da mlm ni aku nak tido...ada masa aq Edit aq Copy ... Bye

Friday, January 13, 2012

~Tak Pandai~Ke~Pandai~

Hai
Hari ini aku dah masuk tingkatan 5 dan paling tahun akhir aku ke sekolah lah kot...
aku tak tahu paling akhir sekolah ke atau aku dapat tingkatan 6 nanti ke...
tak tahu pun...

tetapi...aku nak cerita nak luahkan perasaan aku ni pasal...

IQ Rendah IQ Tinggi

masatu aku tengah buat kerja sekolah.adalah masatu time buat kerja sekolah ada kerja sekolah sains guna Buku Pratical science Form 5.sebelum tu,cikgu ada bagi aku Nota Ringkas tulis kat buku Nota sekolah sains.okay sambung pasal kerja sekolah.haa aku buat lah kerja sekolah Pratical science form 5 tu sambil tu aku tengok lah buku nota yg cikgu da bagi tu.bila aku dah tengok.tiba-tiba je aku teringat,cuba lah aku hafal nota cikgu bagi pastu baru lah aku cuba jawap soalan kat buku Pratical Science tu.pastu aku pon cuba dan try baca Fokus dan menghafal...bila aku baca da fokus da hafal dan rasa hati aku puas rasa2 boleh jawap tanpa tengok buku Nota.aku pon buat lah cuba jawap soalan kat buku pratical science tu...pastu aku dengan yakin boleh buat tapi aku dapat jawap 5 soalan je dlm tu.sebanyak2 soalan situ aq xjwp sbb tetiba terlupa walaupun dah hafal da study..

lepastu aku terfikir-fikir lah.Aik?aku ni IQ rendah ke?kenapa lah aku boleh terlupa walaupun aku dah cuba hafal isi2 penting semua tuh.ingatkan dan fokus n faham kan..lepastu barulah aku rasa rendah diri yang aku ni macam senang lupa.ingatan tak kuat.maybe aku kategori IQ rendah kot.pastu aku risau dengan masa depan aku.SPM macam mana lah aku nanti..hati aku risau je..aku dah cuba berubah diri aku belajar,buat kerja sekolah apa cikgu suruh.hafal tahun ni.hmm
kekadang aku sedih kenapa la aku dikurniakan otak IQ rendah dan lambat masuk otak bila belajar matapelajaran.bukan jenis cepat masuk dalam otak.sambil tu air mata aku meleleh menitis 2 kali je.

aku teringat kata cikgu sains masa tingkatan 3,aku penah tanya cikgu..masatu aku kelas corot sikit la ..aku ada 7 kelas aku nombor ke 6.aku tanya.Cikgu camna nak dapat IQ tinggi?
pastu dia kata oo itu dari lahir2 lagi dah dikurniakan.nasib dapat IQ rendah IQ tinggi..tetapi kalau mak tengah mengandungkan anak.dia menjaga pemakanan time mengandung.boleh dapat anak IQ tinggi..yg tak jaga maybe dapat IQ rendah..tetapi kalau nak pandai ..cuba makan Kismis Yang warna itam bukan yg Kuning..yang kismis itam tu bagus dia boleh kembangkan sel2 otak kita.leh kuatkan ingatan kita.itu je cikgu bagitau aku.

bila aku teringat kata-kata cikgu aku rasa marah dengan mak aku pon ada..kenapa la time dia mengandungkan aku tak jaga betul2 kalau tidak aku dapat Iq tinggi senang mengingat ..aku baca pon xyah susah2 byk kali.nak dekat ujian baru lah aku study baru dpt A macam kawan aku dak pandai setengah ke pandai sangat ke.then,tiba hari esok.aku baca surat khabar berita harian.aku tengok ada lah suami isteri ni bemesra2 pastu dia gtau ada bergaduh tapi pandai atasi masalah rumahtangga sekejab je selesai.aku tengok la laki ni n perempuan tu sape..suratkhabar tu tulis yg perempuan n lelaki tu berpelajaran tinggi.aku nampak lah budak pompuan ni berpelajaran tinggi gak.aku rasa jales.yela dala pandai.aku nampak dia tlg suami dia wat kerja.senang je diaorang nak wat kerja apa apa.

pastu aku rasa rendah diri..aku terfikir gak bab ni.kalau lah aku kawin nanti.aq x berpelajaran tinggi.camna lah aku nak tolong suami nanti mcm pompuan ni..kalo muka cantik tapi xberpelajaran tinggi cam xda guna gak rasanya..pompuan ni tak lah cantik pon.tapi berpelajaran tinggi ada gak guna kehidupan.hmmm pastu aku rasa rendah diri gi..cakap senang lah gi la blaja betul2.tapi cuba korunk jadi aku dapat Otak aku ..tahu lah rasanye..bak pepatah berat mata memandang, berat juga bahu memikul. maksudnya kalau contoh ujian allah bagi..orang suruh kita bersabar cakap senang je suruh orang bersabar ..tapi bila kita alami ujian allah rasa marah mcm eeee xtahan...tapi orang pandang cam xtao je xtao pe hati dia rasa pe sakitnye..

Well,terakhir aku jadi tingkatan 5 tahun 2012 ni...aku akan usaha sedaya upaya aku..aku cuba n cuba....Insyallah aku Lulus ada A! dapat universiti..Amin AMIn AMin!

Wednesday, August 10, 2011

SoLat Taubat Nasuha macam mane

Cara menyempurnakan Solat Sunat Taubat

ada kawan aku tanya aku.......

bagaimana solat taubat......

apabila kita sudah melakukan perzinaan.....

Share5831

Seperti yang pernah disiarkan oleh blog — justkhai.com beberapa minggu lalu, kami di Oh! Islam menyiarkan’nya kembali bagi memudahkan anda membuat rujukan. InsyaAllah suatu hari nanti, semua orang Islam akan memerlukan ini.

Sumber rujukan: Solat Taubat (Panduan Penjernihan Jiwa)
Muhammad Isa Selamat

ALLAH swt sentiasa memerintahkan kita supaya bertaubat, sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang-orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At-Tahrim: 8.)

Allah telah membuka pintu harapan kepada hamba-hambaNya: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (Az-Zumar: 53)

Syarat-syarat taubat :

  1. Ikhlas ingin bertaubat
  2. Tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi
  3. Menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan
  4. Harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya
  5. Dikerjakan sebelum ajal tiba

Jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah sah. Jika dosa berkaitan dengan manusia yang lain, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri dari hak orang yang berkaitan. Contohnya jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika berbentuk hukuman, ia harus menyerahkan diri mohon dimaafkan. Jika hal berupa cacian dan sebagainya, maka ia harus memohon keredhaannya.

Waktu melaksanakan taubat :

Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda. Kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera menyucikan diri sedikit demi sedikit, maka pengaruh dosa itu akan bertompok-tompok, dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup dari cahaya kebenaran.

Di antara penyebab yang akan membangkitkan jiwa bertaubat seseorang itu adalah jiwa yang selalu mengingati hari kematian dan hidup bersendirian di dalam kubur. Kata-kata mati adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Mati beerti berpisah dengan segala yang disayangi atau dicintai. Hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar sahaja dengan anak atau isteri, dapat mengalirkan air mata kesedihan, apa lagi berpisah untuk selamanya

Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar: 30)

Di samping mengingat tentang azab penderitaan yang bakal dihadapi oleh orang-orang yang berdosa mengingat kenikmatan syurga yang bakal ditempati oleh orang-orang yang soleh juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera.

Cara melaksanakan solat taubat :


Cara melaksanakan solat taubat ini sama dengan solat biasa, iaitu setelah berwuduk dengan sempurna, lalu berdiri di tempat yang suci, menghadap kiblat;

  • Waktu di lakukan – bila-bila masa merasa telah berbuat dosa (kecuali waktu makruh tahrim utk melakukan solat)*. Sebaik-baiknya 2/3 malam (pukul 2 pagi ke atas), semasa Qiyamullail
  • Lafaz niat: “Sahaja aku mengerjakan solat sunat taubat dua rakaat kerana Allah Ta’ala.” (Cukup di dalam hati, ada perbahasan ulama’ tentang lafaz niat dlm ibadah – sila rujuk kpd pakar feqah)
  • Rakaat pertama membaca (disunatkan membaca doa Iftitah) kemudian surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Rakaat kedua membaca surah Al-Fatihah. Selepas itu mana2 ayat atau surah dalam al-Quran.
  • Semasa sujud akhir rakaat kedua, ucapkanlah Doa Nabi Yunus sebanyak 40 kali (bersungguh-sungguh di dalam hati memohon keampunan dari Allah Ta’ala),

  • 027alquran3.gif

    Ertinya: “Tidak ada Tuhan selain Engkau. Maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku adalah termasuk orang-orang yang zalim.”

  • Selepas salam, perbanyakkan istighfar seperti,

munajat1.jpg

Ertinya: Ampunilah hamba Ya Allah. Tuhan yang Maha Agung. Tiada Tuhan yang lain melainkan hanya Engkau. Dialah Tuhan yang Maha Hidup lagi Maha Perkasa dan hamba bertaubat kepada Engkau ya Allah.

  • dan berdoa dengan Penghulu Istighfar,

penghulu.jpg




Ertinya: “Ya, Allah Engkaulah Tuhanku, Tidak ada Tuhan selain Engkau, Engkaulah yang menjadikan aku. Sedang aku adalah hamba-Mu dan aku di dalam genggaman-Mu dan di dalam perjanjian setia ( beriman dan taat ) kepada-Mu sekuat mampuku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang telah ku lakukan. Aku mengakui atas segala nikmat yang telah Engkau berikan kepada ku dan aku mengaku segala dosaku. Maka ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada yang dapat mengampuni segala dosa kecuali Engkau.”

  • Kemudian boleh juga berdoa mengikut luahan hati dan munajat masing-masing ke hadhrat Allah.

———————————————————–

*Makruh tahrim – Petikan dari “170 Solat-Solat Sunat”, Abd Rahman Mukhlis, Terbitan Jasmin Enterprise, ms 8-9 ;

Fuqaha Syafi’iyah berpendapat bahawa makruh tahrim hukumnya melaksanakan sembahyang sunat tanpa sebab, dan sembahyang itu dipandang tidak sah jika dilakukan dalam lima waktu berikut:

  1. Selepas sembahyang Subuh yang dilaksanakan secara tunai (bukan sembahyang qadha’), hingga matahari menyingsing sepenggalah.

  2. Ketika matahari terbit hingga menyingsing seperti galah.

  3. Selepas melakukan sembahyang Asar yang dilaksanakan secara tunai sekalipun ia dijamak dengan Zuhur pada waktu Zuhur (jamak taqdim).

  4. Ketika matahari berwarna kuning, hingga terbenam seluruhnya.

  5. Ketika matahari benar-benar berada di atas kepala (di tengah-tengah langit) hingga gelincir ke Barat. Kecuali waktu Istiwa’ (matahari berada di tengah-tengah langit pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, jika sembahyang yang dilakukan itu ada sebab yang mendahuluinya seperti sembahyang Tahiyyatul Masjid, walaupun khatib sudah berada di atas mimbar, sembahyang Sunat Wuduk dan sembahyang Sunat Tawaf sebanyak dua rakaat.

Begitu juga sembahyang yang mempunyai waktu terkait (muqayyad), seperti sembahyang Istisqa’ dan sembahyang Gerhana Matahari. Maka hukumnya adalah sah tanpa dimakruhkan, sebab ia terkait dengan turunnya hujan dan terhalangnya cahaya matahari.

Adapun melaksanakan sembahyang sunat ketika bilal qamat adalahmakruh tanzih, kecuali ketika qamat sembahyang Jumaat. Sembahyang sunat yang dilakukan ketika bilal sudah qamat pada sembahyang Jumaat adalah haram hukumnya.


ada orang tanya apa perbezaan taubat nasuha dengat taubau biasa???

ini jawapannya:

aubat nasuha dimana kita lakukan bagi menginsafi dosa besar kita yang terdahulu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.

Solat taubat pula dilakukan oleh semua orang bagi menginsafi dosa yang dilakukan di dalam kelakuan harian sama ada kita sedari atau tidak.

Sunday, July 17, 2011

Bidang Artis Penyanyi Blogku Comment




hi semua aku buat blog pasal tajuk atas nii.....aku tahu aku bukan lah Artis...Artis kat sekolah je kot HAHAH xde laah....Popular pon sekejab jee,,,hmmmm ini aku fikir-fikirkan pasal artis melayu....hmm kalau kite sebut perkataan melayu mesti terasa hati kaan...iyelaa bangsa sendiri pon mahu kutuk hahaha sape suruh...aku pun orang melayu jugak hehhe....macam ini ceritanyee....(cer citer Cer citer) orang nak citer lah Ni! Aku dook terfikir-fikir pasal artis melayu nii..kesian laaak ann....apa sebab aku letak gambar J-POp dan k-pop di atas?mereka ini boleh popular mececah sampai luar negara....K-pop pon dan tergila-gila remaja sekarang kat malaysia ini...bila aku fikir-fikirkan...mereka ni memang laa senang popular..menari freeStyle apa pon boleh pakai free apa sahaja boleh..kite ini sebagai orang melayu kena sopan-sopan kan?kalau orang melayu pakai meniru Feshen luar negara kene kutuk sama malaysia kang...iyelaa takkan xfaham2 kot da negara malaysia itu banyak orang islam nak buat camne bukan mereka kampung..dah agama islam fikir-fikirkan laah..aku bukan nak kutuk aku nak kesian orang melayu punya artis nii....macam kalau nak menari sopan kalau nak berfesyen pon kene sopan....macam susah naak popular hingga ke luar negara..kalau buat gaya sexy cam orang bukan islam kangg kene kutuk bangsa sendiri lak kkan hmmm....nak wat camne..saye pon kesian jee Blurr da ni...xtao da ......

tengok lah gambar di atas ini..menarik jee....iyelaa takkan tak faham luar negara ini kan banyak orang bukan islam mesti laah suka sexy hot ...kene nampak Pehee and bahuu....baru lah tarik perhatian peminat lelaki diluar negara bukan islam.....Eh! Eh! aku bukan nak menyuruh pakai sexy...aku nak citer citer jee....(Cer CIter Cer Citer) Da habis Laah!

THE END

Friday, May 13, 2011

Hidayah apa itu Hidayah (Qseki World BlogSpot)

assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada orang islam dan bukan islam sekaliii.....
hari ini aku nak beri maksud apa itu hidayah?
hidayah ialah macam tuhan beri kehidupan yang malang untuk kita sedar suruh ingati Allah/Tuhan.
orang yang mendapat kehidupan malang ini janganlah mengungkit
kita patut bersyukur kerana Allah/Tuhan dah beri hidayah suruh bertaubat dan ingati Allah/tuhan.
orang yang tak dapat hidayah itu adalah orang yang paling malang sebab dia akan sesat sampai bila-bila....

saya akan beri contoh-contoh hidayah yee
ermmm.....

Difitnah dengan kawan sekolah atau kawan pekerja sehingga mendapat kekurangan kawan

sekililing kawan kita dibenci..

menjadi kaya jatuh menjadi miskin

barang kesayangan dicuri oleh perompak

adoiii byknyaa sampai ni jelaa...

apa benda berlaku yang menyebabkan diri kita sedih sampai rasa nak bertaubat itu lah Hidayahnyaaa.....

saya pon ada pernah dapaat hidayah gaaak....orang yang dapat hidayah nii lagi Special daripada orang xdapat hidayah taau...sooo jgn2 lah bersedih.....

sebab orang yang tak dapat hidayah nii akan disesat sampai bila-bila...

eh lupalaak ada gak orang tak dapat hidayah niii sebab dia mmg da ingat tuhan/Allah selalu..
sebab dia dah buat perkara-perkara wajib yang Allah/tuhan suruh...

itujelaah hari ini salam dan selamat sejahtera




Wednesday, April 27, 2011

Qseki Sekai World Me singing in Malay-Rossa Ku menunggu

video


ATTENTION!!! PLEASE!!! If You Dont hear This Voice please Use Earphone Or Change Your Volume Speaker Or Earphone Loudly...thank you ^_^

Sorry im not good in english but i try to write in english Okay??no worry?When i record my voice....i feel very tired that time...sooo im sorry if my voice not good or good..Ahhhh i feel shy to write in english because i feel not good....but i hope You all understand my english T___T ....o yes continue abaut when i record my voice...i feel tired because i pratice singing many time till i feel tired....hmmm i hope u Like it~


Hiii ini kali pertama aku upload aku nyanyi dalam Blog nii kalau youtube xberani lak akuuuu...heheheheheheh takut kene kutuk..biasalaaah melayuuuu.......hehehhe sorry laaahhh sedap ke xsedap kee...aku time nyanyi ni time penaat sbb pratice nyanyi....hehehhe tapi..penat tu xkisah hari len aku leh nyanyi lagu yang terbaik Tauu...ini just saje2 jeee...Semoga anda suka~~~

Sunday, April 24, 2011

Tak sempat nak bagi hadiah istimewa kerana...


























Aku x sempat nak bagi hadiah kat semua kawan iaitu CD....dulu aku edit video dgn guna gambar ni air mata aku mesti keluar terkeluar sambil tu edit...dulu betapa aku sayangnyaa semua kawan aku niii.........hmmmmm
aku masatu dah mcm-mcm idea aku nak buat macam mana nak edit dgn istimewa untuk kwn aku semua niii......tetapi 1 kawan nii panas baran...pasal kakak dia punya pasal....aku xtao apa...aku nak call tanya kot time tuuh.....tetiba lak dia marah aku....sampai hati Btol...pasal kakak dia nye pasal aku lak yg kene pastuh kata xnk kawan.........eeeeee time tuh aku menangis sambil tuu tutup bantal kat muka dan nangis kuat2.....dah lah kawan dari sekolah rendah dari darjah 1......sampai akhir kawan form 3......eeeeee tahu tak aku susah nak lupakaan...ya allah hai....ada hikmahh keee ujian keee bala ke apa T^T........hmmmm..aku xnk tunjuk sape budak tuuu dlm byk2 gambar2 niii.....korang tengok lah dalam blog aku ni banyak pasal kawan aku tulis macam berpisah dengan GF/BF jee...haaaaa apa maksud kejadian macam ni!!!!

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More