Thursday, November 11, 2010

akhirnyaa Jadi kawan seperti W tidak tercapai

Bukannya senang nak cari kawan yang baik .

Bukan senang juga nak menjadi kawan yang baik .

Kawan yang baik tidak pernah mengumpat di belakang kawan baiknya.

Kawan yang baik tidak pernah cemburu dengan kejayaan kawan baiknya.

Sebaliknya kawan yang baiklah yang paling banyak membantu kawan baiknya untuk mencapai kejayaan.

Kawan yang baik tak pernah mempengaruhi kawan baiknya untuk membuat perkara yang buruk dan sia-sia.Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baik nya untuk berbuat kebaikan.

Kawan yang baik adalah orang pertama yang akan dicari bila tiba masa

sedih atau gembira.

Kawan baik menjadi tempat kita meluahkan perasaan yang tak dapat diluahkan

kepada kawan biasa.

Kawan yang baik tak pernah memaksa kawan baiknya untuk

sentiasa berada disisinya.

Kawan yang baik tak pernah melarang kawan baiknya untuk

berkawan dengan kawan yang baik .

Kawan yang baik tak pernah cemburu jika kawan baiknya

mempunyai ramai kawan baik,

kerana kawan yang baik tahu apa yang paling

baik untuk kawan baiknya.

Kawan yang baik akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan kawan baiknya di dunia dan di akhirat di dalam doanya.

Kita adalah kawan yang baik jika kita faham bahawa kawan baik kita bukanlah seorang yang sempurna.

Kita adalah kawan yang baik jika kita menjadi kawan yang baik kepada

kawan baik kita.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita

tidak menghargai kawan baik kita,

kerana kawan yang baik akan sentiasa

menghargai kawan baiknya.

Kita bukanlah kawan yang baik jika kita tidak memberitahu perkara yang baik kepada kawan baik kita,

kerana kawan yang baik akan selalu menyampaikan

perkara yang baik kepada kawan baiknya.

Kawan yang baik akan memanjangkan naskhah ini kepada kawan-kawannya,

bukan kerana terpaksa,

bukan kerana suka-suka,

tetapi untuk dijadikan pedoman oleh kawan-kawannya supaya dapat menjadi

kawan yang baik kepada kawan baiknya.

Dan kalau kita hendak mendapat kawan baik yang baik,

kita mestilah terlebih dahulu menjadi seorang kawan yang baik kepada

kawan baik kita.

Dan semoga kita menjadi kawan baik yang baik!

Kita kawan kan?

Muaaaaaaaaaaah

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

adoii akhirnyaa simpan2 rahsia akhirnyaa tuhan nak tunjuk gak....terbongkaaar......rahsia kwnbek aq sendiri sebenarnya x suka kawan ngan aq.....bertahun-tahun kawan tetapi tuhan nak tunjuk gaak.xpee aq xkisah just little bit x happi tapi aq de still ada kawan yg baik ngan aq....itulah kawanbaik aq sebenar mcm sajak kat atas tu ckp :--)

0 comments:

Post a Comment

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More